
Follow Us!!!
6019-577-3471
untuk sebarang pertanyaan

Tentang Kami
Homestay Labu Kubong ditubuhkan pada April 2014. Terletak di Kampung Labu Kubong iaitu 15 km dari bandar Kuala Kangsar. Kampung Labu Kubong juga dikenali sebagai Lembah Naga Menyusur ataupun "Dragon Valley". Nama Labu Kubong diambil sempena dengan pokok menjalar iaitu pokok kubong yang mana buahnya berbentuk labu. Buahnya unik yang mana berbentuk topi keledar dan bersaiz besar. Berdasarkan daripada pokok tersebutlah nama Kampung Labu Kubong diberikan oleh penoroka awal di kampung.
Keistimewaan
Permandangan sawah yang dikelilingi oleh bukit dan kelihatan seperti kawah yang mana tanah pamah didiami oleh penduduk dan juga bersawah padi. Terdapat juga sebatang sungai yang diberi nama Sungai Chempias dan parit untuk kegunaan pengairan Sawah.

Pengunjung boleh mengalami sendiri pengalaman menjadi seorang anak jati kampung dengan melibatkan diri dengan aktiviti kampung seperti menampi padi, menangkap ikan di sawah, mandi sungai serta melibatkan diri dalam permainan sepak takraw.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan serta langsat boleh didpati di Homestay Labu Kubong. Oleh itu, para pengunjung yang menggemari buah-buahan tempatan, Homestay Labu kubong merupakan destinasi yang terbaik kerana pada setiap tahun kami akan mengadakan pesta buah yang sangat meriah.